Search This Blog

My Pages

Wednesday 26 December 2012

Losing You. . .

Assalamualaikum.

Saya dah ade dia.
But I know something. She can't be mine. Sebab dia dah pun berpunyekan. Dia tetap akan pergi jugak dari hidup saya even saya cuba dapat kan dia.

Pernah saya cuba katakan yang lebih baik saya pergi awal-awal, sebelum hati ini semakin menaruh harapan. Tapi dia tak bagi sebab dia kata saya tak salah dalam hal ni. Dia nak saya terus bersama dia. And dia nak saya terus menjaga dia selama dia di sini.

Hmmmm.

Bye peeps.
Assalamualaikum.

Friday 21 December 2012

Dia mengubati hati ini. . . .

Assalamualaikum.

I'm not taken yet!
But dia buat saya sangat happy.

Kitorang banyak persamaan. Sampai ketawa pon boleh same rentak. Okay awak, kenapa kite same jugak bab tu eak? Hahaha. Dia dah ada boyfie. Saya cuma bersama dia untuk kawan. Sebab bila bersama kitorang sentiasa ketawa. Rasa macam sesuatu yang tak akan dapat dirasai bila dengan orang lain.

Did I fall in love with her? Hahaha. Soalan itu sangat lah susah untuk dijawab sebab dia sudah pun berpunya and saya tak pernah pon cakap perkataan cinta, sayang or rindu dekat dia. Mungkin dia cuma hadir untuk seketika. Allah just nak tolong buat hati ini lebih tenang setelah terluka. Mungkin. ^^

Kitorang jumpa dekat kelas kompang. Lepas dekat 1 sem kelas same, baru lah aku berani tegur dia. Hahaha. Nice sangat bila berkawan dengan dia. Hope persahabatan ini kekal selamanya.

Upload gambar dia. Kalau kenal sila komen. (^o^)
Ema

Dan Ema



Dan dia sentiasa tersenyum!

That's all for tonight/morning. huhuhu.
Thanks peeps.

Assalamualaikum. ^^

Dia Baca!

Assalamualaikum!

Wow! Dia baca blog aku rupanya!

Hahaha. Ya, you still my friend. Thanks. Cuma aku terkejut kau tak tegur aku hari tu bila bertembung. Tu yang aku ingat kau dah tak nak kawan. *lap air mata*

Jap ea. Entry ni khas buat "T". Nak buat entry lagi satu. Ada cerita lain ni.

K bye peeps. ^_^

Tuesday 18 December 2012

In a relationship

Assalamualaikum.

Finally!
She's in a relationship.

Agak terperanjat tadi bila bukak facebook and tambahan pulak baru je tengok WhatsApp dari dia. Rasa macam....hmmmm....entah la. Mungkin ini yang terbaik untuk dia. Just hope that dia akan lebih gembira bersama dengan lelaki itu.

Lega jugak sebab apa yang bermain dekat kepala selama ini telah terjawab. Sekurangnya dia tak menghilang macam tu je. Dia bersifat jujur. Thanks awak, harap awak akan bersama dia selamanye. Doa saya untuk awak supaya awak sentiasa gembira tak kira siapa pun lelaki bertuah tu.

In the same time, I just known yang someone tu pon dah bersama someone. Hahaha. Just want to say goodluck for you. I don't know if you read this or not. But just nak awak tau yang doa saya dah makbul untuk awak terima lelaki yang lebih baik dari saya.

To all my peeps. Tweet kali ni penuh teka-teki kan? Dia ni happy ke sedih ni. Macam orang gila dah. Hahaha. Memang pon. Tapi bukan sebab perempuan. But, sebab final exam yang kian menjelma. 31st of December! Perghhhh! WISH ME LUCK PLEASE!

That's all from me tonight.

Good Bye for you Niny.

And Good Luck for you "T".

Assalamualaikum.

(^_^)

Friday 14 December 2012

Dia Kembali

Assalamualaikum.

Dia datang balik setelah pergi sekian lama. Kenapa awak? Awak kata awak rindu saya. Tapi lama betul awak tak contact saya. Saya tunggu je awak mintak maaf. Tapi baru sekarang awak hadir kembali. Setelah hati ini mula pudar.

Awak, saya tak kesah untuk berkawan dengan awak. Saya tak akan mengharap lebih jika hati awak tidak mahu. Cukup sekadar kawan biasa. Tapi kenapa perlu awak tinggal kan saya. Saya kesunyian. Saya kesedihan tanpa awak di sisi saya lagi sekarang ni.

Hati manusia ni mudah serik. Tapi kadang-kadang kasih sayang boleh mengubati hati yang terluka itu. Saya tak mengharap kepada sesiapa, tapi cuma mimpi yang indah kini jadi mimpi ngeri dalam hidup ni.

Tak ada apa yang perlu diteruskan di sini.

Bye. Assalamualaikum.

Wednesday 5 December 2012

Tak Nak Mimpi Tu Lagi

Assalamualaikum.

Saya dapat mimpi yang sangat lah sedih semalam. Mimpi yang berkaitan dengan family and dia. Dalam mimpi tu ayah saya tinggal kan saya. Dia accident. Ya Allah, lindungilah ayah ku. Tak nak mimpi tu jadi kenyataan. Hmmmm. Bergenang air mata bila bangun pagi. Mainan mimpi yang sangat menakutkan.

What about her? Hmmm. Dalam mimpi tu dia pon pergi jugak. Dia ada dalam kereta dengan ayah saya. Dalam mimpi tu macam family saya dah kenal dia. So, ayah nak tolong hatar dia balik. On the way tu yang kena tu. Kenapa lah boleh jadi macam tu. Lepas tu kan, saya dapat call dari hospital yang ayah and dia dah tak ada. Ish! Nangis tanpa henti and lagi menyedihkan bila kakak dia call nak bagi tau.

Then tiba-tiba terjaga. Lega sebab tu semua cuma mimpi.

But kenapa mesti dia ada dalam mimpi tu? Kenapa bila saya cuba lupakan dia, mesti dia akan datang balik? Kenapa? Kenapa? Mungkin gambar dia dalam phone ni yang susah sangat tangan ni nak delete.

So, after class math pagi tu call ayah tanye khabar dia. Tak dapat berbual lama sebab ayah tengah busy. Tapi happy dapat dengar suara dia. Nak cakap dengan mak tak dapat sebab mak tido. Penat kot baru lepas meniaga. Tak pe la. Ada masa nanti boleh call lagi.

So, the moral is tido kena la basuh kaki supaya tak mimpi bukan-bukan. Hahaha.

Just want to share something, kalau ada orang yang kite suka but dia tak suka kite, lebih baik lupakan. Biarlah dia gembira and secara tak langsung kite pon akan gembira jugak. Hope so......

See you on the next entry.

Assalamualaikum. :')